Ya Allah, alhamdulillah syukur kerana Kau telah lanjutkan usia ku setahun lagi.
Di hari ini, aku menghitung kesyukuran atas setiap anugerah dan nikmat yang telah Kau berikan kepadaku, serta setiap musibah dan dugaan yang Kau anugerahkan, kerana daripadanya aku mendapat kifarah atas segala dosa-dosaku yang lalu.
Pada hari ini, ku pohon padaMu memberikan ku kekuatan menjadi insan yang lebih baik daripada hari semalam, dan agar hari-hari mendatangku lebih baik daripada masa lalu.
Berikan aku kekuatan untuk mengharap cintaMu lebih dari cinta seorang manusia. Mengharap restuMu lebih daripada restu makhlukMu. Memohon kepadaMu, bukan kepada hambaMu.
Berikanlah aku kecukupan sehingga tidak sampai aku terpaksa meminta daripada orang lain.
Berikan ku kekuatan memberikan yang terbaik kepada agamaku, keluargaku, kepada pekerjaanku, kepada mereka yang kusayangi.
Ya Allah, berikanlah aku kesempatan menbalas jasa mereka yang berkorban keranaku, tempatkanlah kedua ibubapaku di tempat org2 yang Kau kasihi, kerana mereka mengasihiku sewaktu kecilku, waktu aku tidak berdaya, tanpa mengharap sebarang balasan daripadaku.
Berikan aku kekuatan untuk memanjangkan bakti mereka menerusiku kepada mereka yang memerlukan bantuanku.
Kau kurniakanlah kepadaku cahaya dalam bentuk bimbingan seorang suami yang membawa aku ke jalan keberkatanMu, memimpin aku dan anak2 kami ke jalan yang Kau redhai, di dunia dan akhirat. Dan berikanlah aku kekuatan agar aku menjadi isteri yang terbaik, yang menjaga maruah suaminya dan dgn kasihku membawanya ke jalan Mu.
Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang pemaaf kepada kesalahan insan kepadaku, dan bukakanlah hati insan2 lain memaafkan kesalahanku kepada mereka.
Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang sentiasa mengingati mati, kerana orang-orang begitulah yang paling bijak di dunia ini.
Sesungguhnya Aku bermohon kepadaMu, kerana Kaulah Tuhan yang Maha Memakbulkan Doa.